Assalamualaikum :)
Tadi petang bukak fesbuk tengok-tengok la ape cerita terbaru yag ade...Lepas tu terkeluar dekat wall membe punye status yang aku nak ase nak ulas...Wohaa! Hasbulllah Awang sangat..hahaha...
SMKA?
KISAS?
SMAP?
MAAHAD?
MADRASAH?
KUIS?
PONDOK?
TAHFIZ?
SBPI?
Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni?
Apa bezanya dengan sekolah2 yang lain?
Hebat sangat ke ilmu agama budak2 sekolah agama ni?
Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, tegas dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam2 lagi perkara yang baik2. Tapi adakah pendapat2 sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab la sendiri ye.
Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama menjadi duta kepada agama yang kita cintai iaitu Islam. Walaubagaimanapun, budak2 agama kini tidak merasakan yang mereka ini istimewa untuk membawa agama Allah ini.
PERHATIAN KEPADA SEMUA BUDAK AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!
“Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je”
“Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama lagi pon”
“Wei, please la. Aku tak nak jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim2 kucing je tu. Takde maknenye”
Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing2 dengan hujah2 yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana2 sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum2 Allah itu. Takut2, Allah akan ketepikan kita semasa di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik…
Hebat sangatkah kita sampai berani bermain2 dengan hukum Allah. Islam itu sendiri bersifat syumul(menyeluruh). Ciri Islam yang syumul ini membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang punya dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mangetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakan manusia. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 138:
“Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah”
Jadi, berbalik kita kembali kepada kata2 ‘lancar’ budak agama sebentar tadi. Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Hipokrit ataupun kembali kepada fitrah? Kita ini secara fitrahnya adalah Islam. Islam itu fitrah. Jadi, dari planet manakah wujudnya ideology yang mengatakan orang yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) adalah seorang yang hipokrit?
Sungguh dangkal fikiran orang-orang yang mengatakan sebegitu rupa. Berfikir baik2 sebelum keluarkan apa2 statement. Kalau tidak pun, berdiam diri adalah lebih baik.
Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak / berbual / berkawan / berjalan dengan insan2 sebegini juga,kan??
Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan.
Jika budak agama meninggalkan solat, maka orang lain akan fikir bolehlah tinggalkan solat.
Jika budak agama tidak menjaga muamalat, maka orang lain pun tidak kisah dgn muamalat yang dituntut oleh Islam.
Jika budak agama tidak memelihara auratnya, maka orang lain pun ikut sahaja.
“Habis tu, dah budak agama pun buat bende2 camtu, kitorang yang biase2 ni ikot je la”
Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. Fikir2kan lah. Takkan nak kena bagi tau jugak..
WAHAI BUDAK2 AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!
Jadi, kepada budak2 agama. Renung2kan, di kelompok manakah anda berada sekarang ini? Adakah anda pada saat ini menjadi duta kepada Islam? Adakah anda menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat? Ataupun anda sendiri adalah FITNAH kepada Islam? Sama2lah kita bermuhasabah. Jika anda sedang menjadi fitnah kepada Islam, cepat2 lah bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya
Haa,tu lah die..Pendek tapi tersentap di tangkai jiwa...haha..Lepas aku bace mende ni terase di ulu hati dijentik-jentik oleh jejentik untuk ulas sikit..Sikit jela aku nak ulas..hehe..Dulu aku belajar dekat sekolah agama memang benda ni terjadi la..Contoh la kan,'eh,ko ni budak sekolah agama kan,pesal keluar sekolah ko pakai tudung bawal pendek-pendek selimpang-selimpang ni'??Camtu la salah satunye kalau dari egi pemakaian..haha..Dulu kat sekolah memang la wajib pakai tudung labuh tapi biase la budak pompuan,tdung labuh depan belakang tapi kiri kanan pendek..Means gunting sendiri la..Sebab ape?Sebab tu hanya lah peraturan dan bukan dari hati nak pakai tudung labuh betul-betul..Apakah kita sebagai umat Islam kene masuk sekolah-sekolah yang ade asas agama ni dulu baru dikira sebagai duta islam di mata orang ramai??
Aku kalau bab-bab pakaian ni memang la aku hadoiinye pongg!Ahakkkz!Yela,aku time sekolah je pakai tudung tuu..Sekarang ade dalam almari..hihi..Aku tak pakai sebab aku rase perangai aku nanti tak selari dengan pemakaian aku..Tapi tak semestinye jike perempuan tu tak bertudung labuh die jahat ye dokk..Islam meggariskan panduan untuk menutup dada..Tudung bawal pun okey whatt?! Tudung saji pun bole tapi kene lebih paras dada la..Dah pening nak pakai tudung saji pulak..hahaha..Dulu aku pernah la macam berdebat dengan lecturer aku pasal perempuan bertudung labuh ni..
Aku ingat lagi time tu kat library nak finak exam nak bincang-bincang la kononnye,tetibe ade sorang gurl tudung labuh lalu,then dy tanye 'aisyah,pe pendapat awak pasal gurl tu?' 'aku jawab la,oke je..cantik menarik..'hehe..Then die kasi pendapat die kate 'susa kita nak keluar dengan perempuan macam tu..Terlampau nak cover la,itu tak boleh ini tak bole..Sikit-sikit semue tak boleh..Terlampau berjage-jage'..Tu jela yang aku ingat lebih kurang..Lepastu aku jawab 'kalau saya pakai tudung labuh pun saya akan bataskan semue perkara yang saya nak buat sir..Buat ape saye pakai tudung labuh tapi saye pegi lepak dengan kawan-kawan lelaki saye?Pakai tudung labuh tak membataskan pergerakan tapi membataskan perlakuan bagi seseorang perempuan tu sebab ape?Sebab die nak jage diri die..Lebih kurang macam tu la..Ape tah lagi aku pungpang pungpang dengan lecturer aku tu..Tak ingat..hahaha..Pikir logik,kalau la aku pakai tudung labuh nak ke aku pegi karaoke ngn membe-membe aku?Tu salah satu contohnye la..Memang bile kite pakai tudung labuh kite akan rase selamat tapi pada aku biarlah pakai tudung labuh secara ikhlas dan bukan sebab lain..Sebab kalau kite dah ikhlas dari segi pemakaian kita,insyaAllah kite juge bersedie untuk berubah dari segi percakapan,pergaulan dan lain-lain :)..
Couple??ape nak cakap ey pasal bende ni..haha..Aku admit bile kat sekolah dulu memang senior,cikgu mengatakan bende ni haram seharamnya dan kitaorang berpegang teguh dengan la dengan keharaman kekapelan ini..Ayat aku macam haremm pulak -,-..Hahaha..Bile dah keluar sekolah baru la minda terbuka,yang kapel akan cakap 'janji ko tau batas tak pela broo'..dengan aku yang wanita sejati pun nak bro2 -,-..yang jenis xberkapel akan cakap 'kapel itu haram Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Jadi apakah kaitannya dengan dengan budak sekolah agama dan sekolah-sekolah yang berkaitan..Sepatutnya teguran diberi kepada seluruh manusia dengan tidak membandingkan die sekolah agama,die budak universiti agama..Memang insyaAllah asas-asas agama dan perngetahuan tentang agama tu ade lebih tapi bukankah lebih baik dan afdhal jika segale perbuatan yang kita nak lakukan tidak mengaitkan dengan seseorang ataupun sebuah institusi..
Hipokrit kah??Bermain dengan agamakah budak-budak sekolah agama ini?Adakah kita ni bodoh sangat sampai perkara tentang solat pun kita tak boleh pikir sendiri dengan nyata..Tak kan la budak sekolah agama tak solat bende tu pun nak ikut..Allah mengurniakan akal supaya kita boleh ikut bende yang baik okeyy :)..Dulu time sekolah aku selalu di perdengarkan ayat ni.. 'kite nak amik nasihat orang tu jangan tengok perangai die,biarlah perangai die teruk macam mane pun janji nasihat tu yang kite ambil'...Maksudnye jangan memilih bulu nak buat sesuatu yang baik...Tapi bab menyanyi tu aku setuju la sebab mende tu terang benderang kan ? :)..
Panjang plak entry kali ni..Rase buat karangan spm plak..hehe..Tibe-tibe rindu dekat sekolah..Berjemaah,terawih,bukak pose same-same,ponteng kelas,berzikir,nasyid semua..Arghhhhh!!nanti la update pasal sekolah pulak :)..
ALLAH MAHA MENGETAHUI ape yang setiap hambanya lakukan..Siapalah kita sebagai manusia menjadi hakim terhadap seseorang ye dakk :)..Berfikir lah dengan baik setiap apa yang kita lakukan..Janganlah kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri...Sentiaselah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Nasihat ditujukan untuk semue dan diri sendiri..Banyak khilaf yang dah dibuat dalam hidup ni..Semoge bermuhasabah untuk diri sendiri dan beramal lah segalanya dengan penuh ikhlas..InsyaALLAH ade pulangan dari-NYA..:)
2 comments:
waaaaaaaaaaaaa penjang gile ko tulis :) btw, kita baca smpai hbs tau! semangat betol..heheheh thumbs up! ^__^
fatin : ko bace sampai habis ke???waaaaaaa!iolls xpercaye uollsss...haha..
aku tulis ape yang aku tau je..ilmu yang sedikit :)
Post a Comment