Thursday, 6 September 2012

mencuci dengan betul :)





Assalamualaikum n hooyeeehhhhh!



Lamenye tak hupdate blog!!!huhu..Jangan anggap entry ni sebagai entry yang lucah ye..Dah lame aku nak share bende ni sebenanye bile aku ade pegi usya blog orang lain..huhu..Juz untuk panduan kite umat Islam supaya menjage kesucian dan kebersihan diri...Mencuci yang aku maksud kan kat sini ialah bagaimana kite mencuci kemaluan kite dengan bersih sama ada lelaki n perempuan.Ape yang aku cakap ni pembelajaran jugak okeyyy..Jangan pikir bukan-bukan ye..huhu...

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.Kenapa korang rasa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?..Sebab kite nak elakkan dari bende-bende yang tak elok berlaku kat diri kita la kan..Sesungguhnye kebersihan itu sebahagian daripada iman. :)

Mencuci kemaluan dengan betul:

Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya "Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?" Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Nak ke kita bia kan bende macam ni jadi kat diri kita?Memang nampak remeh sangat kan tapi bende-bende yang kita fikir kecik ni la boleh beri effect kepada kita sama ada hidup atau meniggal dunie..Sesungguhnye ilmu itu baik untuk disebarkan kepada orang ramai :)

Jadi marilah kita sama-same mengamalkan cara mencuci dengan betul ye..Selamat beramal! :) 


 comey macam saya...Ahakkkkkzzz! 

Hahahaha..TADAAAAAAAA   :)

No comments: